Friday, October 2, 2009
Musibah yg diundang ...
Barangkali tak siapa pun tak menduga tentang ketentuan Tuhan sepanjang Syawal ini. Memangla, nama pun makhluk Tuhan, siapa la kita untuk merencanakan segalanya. Namun, belajarkah kita disebalik tontonan malapetaka yang melanda dunia hari ini? Belajarkah kita untuk menjadi orang-orang yang insaf tentang dosa-dosa yang lalu? Mungkin tidak, mungkin hanya sejenak yang memikirkan tentang itu selebihnya hanyalah cebisan simpati.
Saturday, September 19, 2009
Di Penghujung Ramadhan ...

Selepas hening subuh tadi, hujan gerimis datang menjengah .. membasahi jalan2 yg sudah hilang 'rancaknya' tidak seperti hari2 biasa. Aku melungsuri Lebuhraya Kesas seawal 7.30pg tadi dengan kadar yang paling rileksss sekali ... emmff kalaulah hari2 camni kan baguzz? Hehh mana mungkin kan!
Berbicara tentang hari2 terakhir Ramadhan ni aku rasa syukur kepada Allah swt kerana masih berpeluang untuk menyambut kedatangan Syawal dengan keluarga. Segala perancangan & aktiviti utk Raya nanti rasanya dah lengkap, semoga Tuhan memudahkan semuanya, mohon jauh dari segala bala & musibah. Amiinn ..
Untuk kalian, warga Maya sekelian khususnya teman2 & saudara mara yg mengenali .. di kesempatan yg indah ini aku mohon segala keampunan atas segala kekhilafan dari kalian. Semoga Syawal ini akan bertambah erat silaturrahim sesama kita.
Untuk kalian juga aku mohon agar sentiasa dengan tidak kira masa dan ketika, FOKUS di jalanraya. Hiba rasanya menonton nasib keluarga yg teresak2 menangisi pemergian org tersayang semalam di kaca TV. Paling sedih bila memikirkan manusia2 yg tak pernah menginsafi kesedihan insan lain dengan terus lalai di jalan raya. Beginilah setiap tahun, malah setiap detik ada saja berita tentang kemalangan di jalanan. Tentu2lah bukan salah kereta, kalaupun berpunca dari kerosakan kereta bukankah manusia juga yg sepatutnya menjadi penjaganya! Entahla, sampai bila manusia akan belajar dari kesilapan! Semoga Tuhan melindungi kita semua dari segala musibah.. amiin.
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk Semua ...
Friday, September 18, 2009
theBEGINNING | Myself
Subscribe to:
Posts (Atom)



